INFO PRAKTIKUM

More on this category »

HADITH

LAMAN WEB IPGKTAR

LAMAN WEB IPGKTAR
Klik pada gambar untuk ke laman web IPGKTAR.

INFO TERKINI

Sarawak Post

Prinspip-prinsip Pembangunan Lestari.ppt

Written By R.A&S on Selasa, 14 Januari 2014 | 1/14/2014 01:58:00 PG


-> Beli sekarang <- h2="">
RM1.00


Mobile Payments by Fortumo

Kajian Tempatan tahun 4

Written By R.A&S on Selasa, 24 September 2013 | 9/24/2013 10:16:00 PTG

Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya

Penulis : Saberi Pendi
(Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan , Sarawak)

Pengenalan

Pada mutakhir ini, masih terdapat etnik yang mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan konflik Bosnia Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik etnik iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik Rohingya beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak kerajaan Junta.

Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir dan Syria, ia juga bukan sekadar perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Tetapi yang lebih besar ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Selama beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan lain-lain. Bantuan yang diberikan oleh penduduk dunia juga tidak semuanya telus disampaikan kepada orang Rohingya ini.

Setiap hari orang-orang Rohingya ini berhijrah mencari tempat yang lebih selamat untuk diduduki.Lebih ramai wanita-wanita dirogol oleh tentera Junta setiap hari. Masalah mereka tidak diberikan perhatian dan telah diabaikan selama bertahun-tahun.Malah tiada sebarang tindakan yang sistematik untuk melindungi dan mempertahankan mereka supaya hidup sejahtera di bumi ini.


Faktor  Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Terdapat lima faktor penyumbang kepada isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya telah dikenalpasti iaitu tidak diakui kewarganegaraannya , dikriminasi agama, sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya, undang-undang  ‘Citizenship Law (1982)’, dan ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia.
Faktor pertama ialah Myanmar tidak akui dan mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai warganegara dan rakyatnya kerana kumpulan itu memasuki negara tersebut pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka sahaja yang tinggal di negara tersebut sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948, yang dianggap sebagai warganegara. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.
Faktor kedua iaitu dikriminasi agama Islam oleh penganut agama uddha. Hal ini kerana masjid tidak diperbaiki, penggantian  masjid dengan pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, dan pemaksaan keluar dari Islam dan menganut Buddha. Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha. Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173 etnik .Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddha.

Pelarian Rohingya ditahan ketika memasuki negara Thailand.

Faktor ketiga iaitu sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya dalam sejarah Burma. Ahli-ahli sejarah Burma sendiri menyatakan bahwa suku bangsa Rohingya belum pernah ada dalam sejarah Burma, dan nama Rohingya muncul setelah tahun 1950 dan belum pernah ada sebelumnya. Oleh karena itulah, pemerintah Burma menolak kewarganegaraan mereka.State Law and Order Restoration Council (SLORC) telah menyisihkan Rohingyas kerana Rohingya adalah muslim dan agama Buddha mendominasi Burma. Ini merupakan satu diskriminasi terhadap orang-orang Islam.
Faktor keempat iaitu undang-undang  ‘Citizenship Law (1982)’ menyisihkan etnik ini. Pada 1982 pemerintah Junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘Citizenship Law (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya  apabila hanya 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta. Akibatnya tentera  Rohingya mengalami penyisihan tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
Faktor terakhir ialah ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Negara jiran seperti Bangladesh menolak kemasukan pelarian  Rohingya dalam  sempadan negara mereka. Mereka tidak mengakui Roinga merupakan bangsa serumpun dengan mereka. Dasar Bangladesh telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. Tindakan Banglades menghantar pelarian tersebut semula ke Myanmar lebih menyukarkan pelarian apabila ditindas semula oleh junta Burma.


Kesan Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya Kepada Masyarakat dan Negara
Isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya telah memberi kesan kepada masyarakat dan negara kita. Walaupun ianya tidak berlaku di negara ini, namun kesannya amat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Antara kesan yang jelas sekali iala kebanjiran pelarian etnik ini di negara MalasiaBagi mereka, negara Malaysia merupakan lokasi yang selamat untuk mencari perlindungan dengan menggunakan kad pelarian UNHCR. Mereka dibenar untuk bekerja di negara ini. Namun terdapat laporan dari media maya yang mengatakan isu pelarian Rohinga menjadi pengemis di jalanan.
Kedatangan pelarian Rohingya dalam jumlah yang banyak memerlukan kem pelarian yang besar dan mempunyai kelengkapan yang cukup bagi menampung keperluan pelarian ini. Ini memberi kos perbelanjaan yang besar kepada kerajaan dan UNHCR. Namun ianya bukan beban kerana menjadi tanggungjawab sosial dan kemanusiaan negara ini membantu pelarian tersebut.
Selain itu, isu ini mengeruhkan hubungan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Isu ini boleh memberi gambaran negatif  kekejaman penganut Buddha teradap umat Islam. Pertempuran sering berlaku antara orang Islam Rohingya dan penganut Buddha yang menyebabkan ramai orang Islam Rohingya kehilangan tempat tinggal. Walaupun berbeza kaum, namun atas nama sama agama umat Islam negara ini mengutuk keras tindakan kejam penganut agama Buddha terhadap etnik Muslim . Ianya sedikti sebanyak melahirkan rasa benci antara penganut  dua agama ini.
            Nilai kemanusiaan juga semakin hari semakin luntur dalam masyarakat. Isu penindasan seperti ini seakan sudah menjadi kebiasaan dan masyarakat tidak terlalu ambil peduli mengenai isu ini. Hasil pemantauan perincangan di forum Cari Gold di laman maya jelas bersetuju dengan tindakan kejam dan tiada perikemanusiaan oleh junta Burma terhadap etnik Rohingya.
Cadangan Cara Mengatasi Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Terdapat beberapa cadangan cara untuk mengatasi isu ini iaitu kerajaan Malaysia seharusnya menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya. Seterusnya menagmbil inisiatif sistematik dan berterusan agar Rohingya dapat mendapatkan kewarganegaraan mereka.

Selain itu, masyarakat dunia perlu menggesa junta Burma menghentikan penindasan dan kekejaman ke atas orang-orang Rohingya dengan secepat mugkin sebelum lebih ramai lagi nyawa yang melayang. Penyiasatan hendaklah dilakukan secara menyeluruh bagi menentukan kedudukan sebenar orang-orang Rohingya.

Peranan Association of Southest Asian Nation (ASEAN) untuk bersuara dan meminta kerajaan Junta menghentikan penyiksaan ini amat perlu kerana Myanmar merupakan salah satu anggota ASEAN. Kerajaan Junta pula mesti menyiasat kembali undang-undang yang telah digubal khususnya Citizenship Law (1982) dan dimansuhkan. Oleh itu masyarakat Rohingya dapat diiktiraf sebagai warganegara.

Aung San Su Kyi yang pernah memenangi anugerah Hadiah Nobel yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia untuk mainkan peranan yang lebih jujur dan komited serta bertegas dengan kerajaan di Rangon untuk menghentikan kezaliman ini.



Kesimpulan

Kesimpulannya, Rohingya sebenarnya bukanlah satu ancaman kepada Myanmar. Perkara ini semakin berlarutan kerana orang-orang Buddha di Myanmar tidak menerima orang-orang Islam di sana. Masalah ini berlarutan kerana pertubuhan seperti ASEAN tidak memandang berat perkara ini. Sepatutnya mereka meneliti setiap masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota ASEAN bukan kearah memperkasakan ekonomi sahaja tetapi soal kemanusiaan, dan keprihatinan patut dititik beratkan. Masalah orang-orang Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan kezaliman yang dilakukan mereka.

Rujukan




NILAI-NILAI MURNI DALAM MATAPELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

Written By R.A&S on Rabu, 11 September 2013 | 9/11/2013 12:24:00 PTG

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita sebagai seorang guru mempunyai tanggungjawab untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia, harmonis dan seimbang. Oleh itu, nilai-nilai murni hendaklah diserapkan ke dalam semua matapelajaran yang diajar termasuk Kajian Tempatan. 

Antara nilai-nilai moral tersebut ialah seperti berikut:

  1. Kebersihan fizikal
  2. Baik hati
  3. Keserdeharnaan
  4. Kerajinan
  5. Kesyukuran
  6. Kejujuran
  7. Keadilan
  8. Kasih sayang
  9. Hormat-menghormati
  10. Semangat bermasyarakat
  11. Hemah tinggi
  12. Kebebasan
  13. Keberanian
  14. Berdikari
  15. Kerjasama
  16. Rasional

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com

Written By R.A&S on Ahad, 8 September 2013 | 9/08/2013 11:58:00 PTG





Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.



  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.


Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.



Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.



Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

EMK-Elemen Merentas Kurikulum

Written By R.A&S on Isnin, 19 Ogos 2013 | 8/19/2013 05:47:00 PTG

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan TeknologiPendidikan Alam SekitarNilai Murni dan Patriotisme.


Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan InovasiKeusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.-KSSR.ORG

Modul Kemahiran Cara Hidup Sihat : Aktiviti Fizikal

Written By R.A&S on Jumaat, 26 Julai 2013 | 7/26/2013 08:58:00 PG

Jika paparan tidak jelas..sila klik link ini. KLIK. Ataupun hubungi kami . KLIK.
background image

background image
1.
PENGENALAN
Kehidupan moden sekarang ini dan kemudahan yang ada menjadikan kita tidak
aktif – seperti amalan menonton tv, video dan bermain permainan komputer terlalu
lama. Kehidupan yang tidak aktif boleh menyumbang kepada terjadinya
kegemukan dan risiko mendapat penyakit.
Kita perlu hidup cergas dan aktif untuk sihat. Kehidupan yang aktif dari segi fizikal
adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Setiap pelajar boleh
menjadi sihat dan cergas dengan melakukan aktiviti fizikal/senaman yang sesuai
dan secukupnya berasaskan prinsip-prinsip latihan. Bersenam dan bersukan adalah
salah satu aktiviti fizikal yang menggunakan banyak tenaga dan pergerakan. Ianya
boleh membawa faedah sekiranya dilakukan dengan betul. Mereka ini lebih
bertenaga dalam melakukan kerja-kerja di sekolah dan di rumah.
Pelajar yang cergas dan aktif ialah mereka yang mengambil bahagian dalam
aktiviti sukan, permainan dan riadah.  Amalan hidup aktif dan bersenam perlu
dipupuk di peringkat awal kanak-kanak agar ia akan menjadi satu budaya hidup
dan dilaksanakan secara berterusan setiap hari sepanjang hayat. Sebagai golongan
pelapis generasi akan datang, mereka perlu hidup cergas dan sihat agar mereka
dapat memberikan sumbangan secara optima kepada kemajuan negara sejajar
dengan konsep ‘Rakyat Sihat, Negara Maju’.
2.
KANDUNGAN MODUL
Unit 1 :
Badan Cergas Otak Cerdas
Unit 2 :
Aktiviti Kecergasan Menyeronokkan
Unit 3 :
Mari Bersenam Dengan Betul

background image
1.1
Objektif Pembelajaran
Di akhir unit ini
i.
Kumpulan sasar / pelajar dapat menilai tahap amalan kecergasan diri.
ii.
Kumpulan sasar / pelajar dapat menyebut faedah-faedah mengamalkan cara
hidup aktif dan cergas.
1.2
Isi Kandungan
a. Tahap amalan kecergasan diri
b. Faedah-faedah mengamalkan cara hidup aktif dan cergas
1.3
Masa
:   30 minit
1.4
Aktiviti
1. Edarkan BLK 1.1 (Kertas Nilai Amalan Kecergasan) kepada semua kumpulan
sasar / pelajar.
2. Minta kumpulan sasar / pelajar tandakan (š)  bagi gambar yang menunjukkan
amalan harian mereka.
3. Minta kumpulan sasar / pelajar jumlahkan bilangan tanda (š)  bagi kolum ‘A’
dan kolum ‘B’.
4. Berikan tahap amalan kecergasan kepada kumpulan sasar / pelajar mengikut
skor yang diperolehi seperti berikut:
Markah Kolum A
Markah Kolum B
Tahap Amalan
3
0
Cemerlang
2
1
Baik
1
2
Memuaskan
0
3
Tidak  Memuaskan
Catatan:
Skor yang diperolehi menggambarkan amalan kecergasan dan bukan
tahap kecergasan yang sebenar.
UNIT
1
Badan
 Cergas
Otak
 Cerdas

background image
  5. Minta kumpulan sasar / pelajar tulis tahap pencapaian amalan kecergasan di
dalam kertas penilaian masing-masing.
  6. Beri pujian kepada mereka yang mendapat pencapaian tahap cemerlang
dan baik.
  7. Motivasikan kumpulan sasar / pelajar untuk mengamalkan semua amalan di
kolum ‘A’.
  8. Minta kumpulan sasar / pelajar berikan faedah mengamalkan cara hidup cergas
dan aktif. Beri pujian kepada mereka yang dapat memberi jawapan.
  9. Tulis jawapan di atas papan hijau.
10. Nyata dan tulis faedah yang tidak disebutkan.
1.5
Alat Bantu Mengajar
• BT 1.1
- Transparensi Pengenalan Hidup Cergas
• BT 1.2
- Transparensi Faedah Mengamalkan Cara Hidup Aktif
• BLK 1.1
- Lembaran Kerja Kertas Nilai Amalan Kecergasan

background image
( berikan contoh orang yang aktif bersukan dan berjaya dalam
kerjaya / pelajaran )
Contoh :
Nicole David
 adalah juara remaja dunia
sukan ‘squash’ yang mendapat pencapaian
cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia
Pengenalan
Hidup Cergas dan Aktif
Badan Sihat
Otak Cerdas
4
Hidup cergas 
dan
 aktif
adalah
penting
untuk
kesihatan tubuh badan

background image
FAEDAH MENGAMALKAN CARA
HIDUP SIHAT
• Otak cerdas
• Badan sihat
• Meningkatkan stamina (meningkatkan daya tahan
jantung, paru-paru dan peredaran darah)
• Mengurang/mencegah penyakit  seperti tekanan darah
tinggi, serangan jantung, angin ahmar, sakit sendi,
kanser usus dan diabetes.
• Mencegah kegemukan
• Membantu mengawal berat badan
• Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot.
• Menambahkan keterampilan diri dari segi fizikal (segak).
• Meningkatkan prestasi dalam sukan.
• Berupaya bertindak semasa kecemasan
(contoh dikejar anjing)
5
BT 1.2

background image
6
Kertas Nilai Amalan Kecergasan
Adakah saya seorang yang mengamalkan
cara hidup cergas
Panduan
i. Sila tandakan (
š
) bagi gambar yang menunjukkan amalan harian
anda di dalam petak yang disediakan
ii. Hanya satu pilihan bagi setiap bilangan
Saya selalu membantu keluarga
melakukan kerja di rumah
Saya jarang membantu keluarga
melakukan kerja di rumah
Saya lebih suka menonton
televisyen daripada bermain /
bersukan
Kolum A
Kolum B
Jumlah (š)
Jumlah (š)
Tahap Amalan Kecergasan
BLK 1.1
Saya jarang bermain dengan
kawan-kawan atau dengan
keluarga
Tiap-tiap hari saya bermain /
bersukan dengan kawan-kawan
atau dengan keluarga
Saya lebih suka bermain atau
bersukan daripada menonton
televisyen atau bermain komputer

background image
UNIT
2
Mari 
Bersenam
Dengan 
Betul
2.1
Objektif Pembelajaran
Di akhir unit kumpulan sasar / pelajar akan mengetahui, memahami dan
mempraktikkan cara bersenam dengan betul.
2.2
Isi Kandungan
a. Prinsip senaman
b. Konsep FITT
c. Panduan Senaman
2.3
Masa
30 minit
2.4
Aktiviti
Aktiviti 1
: MEMANASKAN BADAN
a. Kumpulan sasar / pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan (10 orang
satu kumpulan)
b. Minta mereka buat satu bulatan dan lari setempat/lari kapal terbang/lari ulang
alik/ lari rama-rama dan pelbagai pergerakan regangan selama 3 – 5 minit.
c. Buat aktiviti regangan mengikut panduan (cara-cara regangan) untuk selama
5 minit. (BT 2.1)
Aktiviti 2
: AKTIVITI SENAMAN
a. Kumpulan sasar / pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan (10 orang
satu kumpulan)
b. Setiap orang diberi satu belon yang belum ditiup.
c. Arahkan mereka meniup belon masing-masing sehingga sebesar bola sepak
dan ikat.
d. Kepit belon dengan menggunakan kedua belah lulut dan berjalan ke hadapan
selama 1 minit
e. Arahkan pelajar menghadap rakan masing-masing dengan jarak 2 meter.

background image
f.
Minta mereka membalingkan belon dengan kedua belah tangan kepada rakan
masing-masing sebanyak 5 kali secara bergilir-gilir (3 minit).
g. Melambung belon ke atas sambil bergerak ke arah dalam bulatan dan keluar
balik tanpa berpusing ke belakang bersama belon. Ulang 2 hingga 3 kali.
h. Berlari mengelilingi padang atau kelas sambil melontar belon ke atas selama
2 minit.
i.
Timang belon dengan menggunakan kaki selama 2 minit.
j.
Dapatkan pasangan. Ikat belon ke arah luar kaki dan cuba pecahkan belon
pasangan masing-masing
Jenis Aktiviti Senaman Lain Yang Dicadangkan
a. Lari zig-zag
b. Lari ambil bola
c. Lari berganti-ganti
d. Gelung rotan
e. Skipping
f.
Merangkak dalam gelung rotan
Aktiviti 3
: MENYEJUKKAN BADAN
a. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan (10 orang satu kumpulan)
b. Arahkan pelajar berdiri dalam bulatan
c. Fasilitator berdiri di tengah bulatan
d. Buat aktiviti regangan untuk menyejukkan badan mengikut panduan cara
menyejukkan badan.(BT 2.1)
2.5
Alat Bantu Mengajar
• BT 2.1 - Transparensi Panduan Melakukan Regangan
• BT 2.2 - Transparensi Aktiviti Fizikal Adalah Menyeronokkan
• Risalah
• Belon, wisel, tali skip dan gelung rotan
• Jam randik
2.6
Lokasi
Di padang/di dalam dewan/kelas kosong

background image
Panduan Melakukan Regangan
Sebelum menjalankan aktiviti fizikal seperti barjalan atau berjoging,
kita perlu melakukan pergerakan memanaskan badan. Anda boleh
melakukan regangan untuk selama 5 minit (ikut gambar rajah).
Selepas berjalan atau berjoging, anda perlu ulangi regangan.
Lakukan regangan untuk elakkan kecederaan atau rasa sakit.
Regangan Memanaskan Badan
Lakukan regangan bermula dari bahagian kepala hingga ke kaki.
Regangan Menyejukkan Badan
Lakukan regangan bermula dari bahagian kaki hingga ke kepala
BT 2.1
9

[X]TUTUP IKLAN

C
L
0
S
E

IKLAN

IKLAN
Penaja Laman Web

LOG MASUK ADMIN

Sila masukkan E-mail dan Kata Laluan anda