Sarawak Post

Home » » BAHASA, FORMAT PENULISAN DAN TATACARA PENYAMPAIAN PENGACARAAN MAJLIS RASMI

BAHASA, FORMAT PENULISAN DAN TATACARA PENYAMPAIAN PENGACARAAN MAJLIS RASMI

Written By Permata Timur on Isnin, 27 September 2010 | 9/27/2010 12:26:00 PTG

1.0 PENGACARA

Pengacara merupakan orang penting dalam sesebuah majlis. Ini kerana tanpa pengacara, sesuatu majlis tidak boleh berlangsung. Bilangan pengacara boleh terdiri daripada seorang atau dua (pengacara bersama). Pengacara juga mesti arif dengan latar majlis (rasmi, separa rasmi dan juga tidak rasmi), objektif (tujuan sesuatu majlis itu diadakan) dan hal ehwal program majlis (atur cara majlis). Skrip pengacaraan sesuatu majlis perlu mengikut atur cara kerana ia telah ditetapkan dan para tetamu telah diberikan kad mengenai ataur cara tersebut.
Pengacara juga mesti mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama ada
dalam lisan atau tulisan. Ketrampilan ini penting memandangkan focus majlis tertumpu kepada pengacara. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka, pengacara itu dapat mengatasi masalah dengan baik. Mereka juga perlu mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan sebagainya.Pengacara juga dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).

2.0 PERATURAN BERLISAN, SALUTASI, DAN PROTOKOL

Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang. Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama seseorang dengan betul. Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di Malaysia. Justeru, skrip pengaracaraan dapat membantu pengacara menyediakan salutasi dengan menggunakan protokol yang betul. Adalah salah jika pengacara itu tersilap menyebut nama tetamunya betul.
Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan seterusnya kata-kata aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis, dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol. Cara menulis juga perlu diperhatikan.

Contoh Salutasi Satu Taraf Hadirin:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Yang Berhormat Dato' Ismail Tan Sri Shafie
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Yang Berbahagia Dato' Haji Yusof Nayan,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar,
Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Setar,
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri
dan Persekutuan,
Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang
dihormati sekalian.
Contoh Salutasi Dua Taraf Hadirin

1. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia XIII
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Raja Permaisuri Agong
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin
Idris Syah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

2. Yang Amat Berhormat
Dato'Seri Dr Mohd Khir bin Toyo
Menteri Besar Selangor

Yang Berbahagia
Dato'Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor, UiTM


3.0 JENIS MAJLIS

• Skrip pengacaraan akan berbeza mengikut majlis:
• A. Majlis rasmi- Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis penganugerahan, dan melibatkan kedua-dua taraf hadirin.

• B. Majlis tidak rasmi -gabungan formal dan tidak formal- majlis sosial, majlis perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan hanya melibatkan satu taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa sahaja).


4.0 FORMAT PENULISAN

• Bahagian 1: Tajuk majlis
Tajuk majlis terletak bahagian atas skrip pengacaraan.

Nama majlis
Tempat
Tarikh
Masa


• Bahagian 2: Kandungan
(perlu mengikut atur cara majlis-Contoh 1 taraf hadirin)
1. pengumuman umum
2. ketibaan tetamu kehormat
3. kata alu-aluan
4. bacaan doa (lihat kesesuaian majlis)
4. ucapan penganjur/perasmi
5. penyampaian hadiah/cenderamata


• Bahagian 3 : Penutup
salam penutup/perpisahan
jamuan

• (Berbeza mengikut taraf peringkat hadirin)

5.0 TATACARA PENYAMPAIAN

Pengumuman masa-anggaran sahaja. (15 minit sebelum majlis bermula) ia juga sebagai panduan kepada pengacara.Teks pengumuman perlu dibuat bagi pengacara.
Contoh:

Hadirin diminta bangun apabila pengumuman ketibaan tetamu kehormat.


Gaya penyampaian:
• Nada yang sesuai.
• Gerak laku ketika bertutur.
• Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.
• Membina ayat dengan ayat aktif.
• Gunakan bahasa kiasan.
• Amalkan bahasa yang mudah.
• Membuat penutup dengan menyatakan harapan.

Kesalahan yang perlu dielakkan

Elakkan pembaziran perkataan.
Elakkan klise.
Elakkan ulangan yang tidak perlu.
Terlalu merendah diri.
Berpura-pura.
Pujian melambung.
Terlalu banyak menggunakan badan
Sindiran
Penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
Kurang membuat hubungan dengan jemputan- memandang ke bawah.
Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan.

Contoh Teks Pengacaraan Majlis
(Muat turun-PDF)

Share this article :

Catat Ulasan

[X]TUTUP IKLAN

C
L
0
S
E